Khamis, 30 Mei 2013

          Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Allah mmpermudahkan rezeki hambaNya ini. Hari demi hari XcellentCakes dah mula mendapat tempahan. Respon daripada pelanggan Alhamdulillah, positif. walaupun XcellentCakes ni bergerak setapak demi setapak, asalkan boleh lagi melangkah kak Rozie dah bersyukur sgt2. Terima kasih sgt pada semua yg menyokong & mendoakan kejayaan perniagaan kak Rozie ni.
        kat sini kak Rozie nak share gambar beberapa kek yg ditempah & yg mana sempat diambil gambarnya. harapan kak Rozie moga2 diperluaskan lagi rezeki olehNya & terus mendapat sambutan & sokongan dari teman2 semua.
        Ada yg nak order? Call je kak Rozie 011-28832060 ataupun adik akak Fatrah 013-4299763 atau email ke rr_akhasha@yahoo.com
Jgn segan utk bertanya. kami sedia berkhidmat utk anda. takde caj GST pun heheh..




Very classic cake gitu..kek nenas terbalik.

Choc moist cake-ni kira banjir style.
gambar ke 2 tu rainbow cake frosting buttercream

Ahad, 26 Mei 2013

Sarapan paling best!


Ayam pandan yg sedang digoreng dlm kuali

       Ni apesal tetiba pulak citer pasal sarapan ni kak Rozie? XcellentCakes dah x buat kek ke? heiii...mana maunya XcellentCakes x buat kek dah kome...tp xkan sarapan pun makan kek kan. Ni kak Rozie nak warwarkan pada semua, selain kek, kak Rozie jugak ambik tempahan makanan kecil-kecilan. Contoh macam apa2 small event ke kat ofis korang, utk b'day party ke, majlis2 lain pun boleh. Menu kak Rozie blh suggest ikut kesesuai majlis & blh jugak ikut menu yg korang suka.
     Harga kak Rozie murah je, kata ko...InsyaAllah, kualiti makanan mmg kita titik beratkan.
Hari sabtu cuti umum ni kan..mana2 yg rasa nak relax sket, kak Rozie de bukak oder utk nasi lemak 1 set(ada telur rebus, sambal bilis, timun, bilis&kacang goring) + ayam pandan cuma RM5.00 je 1 set. Rasa2 teringin nak mkn nasi lemak panas2 dengan ayam pandan ni, boleh la oder ngan kak Rozie, 011-2883 2060. Area sg buloh & damansara ada delivery. InsyaAllah..
 

Jumaat, 24 Mei 2013

Hantaran dari Cake in a Jar


Bungkusan kelopak mawar

            Apa benda pulak yg macam bunga ros ni? Ini la antara favourite pelanggan kak Rozie. Cake in a Jar yg di bungkus seperti bunga mawar. Sesuai sangat la kalau ada yg nak memujuk atau memikat hati sidia..cewah. sape sidia tu? utk para suami, skali skala hadiahkan la sesuatu utk isteri tersayang..tanda penghargaan atas segala penat lelah & pengorbanan si isteri utk keluarga(walaupun isteri x pernah mengungkit).
         Tukar cara yg biasa(biasa org bagi 3 kuntum bunga mawar sebagai symbol I LOVE U), hadiahkan '3 kuntum' Cake in a Jar macam ni. mesti senyum meleret la! bunga boleh layu. kek boleh dimakan, jar boleh simpan buat kenangan..
         Buat yg nak hadiahkan utk majlis harijadi ke, pertunangan ke, pon boleh. Kak Rozie akan gubah/balut Cake in a Jar ni dgn cara yg lain, bersesuaian dgn jenis majlis. Nak bawak bagi mak mentua pon sesssuaiii la sangat. xkan la dtg jumpa mak mentua melenggang kosong je kan. xkan la nak bawak biskut kering je.x pon, asyik2 buah.asyik2 buah.bila diberi sesuatu macam Cake in a Jar ni, hati org tua pun rasa seronok-walaupun x penah mintak-
      Jadi, apa tunggu lagi? Rajin2 le call kak Rozie 011-2883 2060 atau adik akak,
Fatrah 013-4299763 utk tempahan atau nak Tanya apa2 kemusykilan dihati tu. email pon boleh ke rr_akhasha@yahoo.com
 
utk tempahan dlm kuantiti yg banyak, ada harga istimewa yg kami tawarkan. rundingan percuma je dikk..(kellass ko..majlis kawin bagi Cake in a Jar as a doorgift)

'Cake in a Jar'

        Apa yg kak Rozie nak kongsikan kali ni? Ni dia..'Cake in a Jar'.Haaa...ramai yg masih belum tau apa benda la kek dlm jar ni. Meh sini kak Rozie citer sket ye..Kek ni mmg famous kat luar Negara. Skrg kek ni antara latest trend yg tgh melanda pencinta2 kek dlm Negara kita. Tp masih ramai yg belum pernah tengok dan merasa keenakan kek dlm jar ni.

        Cake in a Jar di Xcellent Cake mmg dibakar terus di dalam jar kaca bagi mengekalkan keaslian 'Cake in a Jar'. Apa beza kek dlm jar dan kek yg dibakar/kukus biasa? Bagi kak Rozie, istimewanya kek jar ni dia lebih moist & tahan lama berbanding kek yg dibakar biasa. cara hidangan pun lebih cantik, mudah & berbeza. mmg senang la nak bagi anak2 makan. takde la serdak2 kek tu bersepah sana sini.

      Trend terbaru buat yg nak bagi doorgift pada tetamu utk majlis perkahwinan, atau hantaran pertunangan, atau utk majlis cukur jambul dan lain2 majlis lagi.

       Bagi yg pening kepala nak cari hadiah utk seseorang, 'Cake in a Jar' pasti memberikan suatu kelainan & keterujaan buat si penerima.

Di Xcellent Cake, ada 3 jenis flavor utama iaitu:
  • Choc Moist- rich chocolate moist cake with creamy cheese cream on top
  • Red Velvet - red chocolate cake with creamy cheese cream on top
  • Rainbow - few coloured vanilla butter cake with vanilla cream cheese on top
Harga yg kami tawarkan RM7.00/jar & RM20.00 bagi 3 jar. XcellentCake menerima tempahan bagi yg nak buat doorgift dlm kuantiti yg banyak, dgn tawaran harga yg murah & sgt berpatutan. Jar juga akan dihias mengikut citarasa pelanggan(ikut tema majlis) & sticker juga diberikan bersama.
Best tak tawaran tu?
Nak tau lebih lanjut boleh hubungi kak Rozie 011-2883 2060 atau assistant kuat, adik Kak Rozie le Fatrah 013-4299 763. Jgn segan2..kak Rozie ni baik & peramah orgnya..mwahaha..
3 perisa Cake in a Jar keluaran Xcellent Cake

Selasa, 21 Mei 2013

Langkah promosi

          Rezeki dalam perniagaan ni mmg dah dijanjikan ada dan kak Rozie percaya akan rezeki yg dah ditetapkan Allah S.W.T kepada hambanya. Tapi, tanpa usaha takkan rezeki nak dtg begolek plak kan. susah senagnya org meniaga ni..haish..kalau tak cukup sabar, tak kuat semangat mmg rasa nak nangis pun ada bilamana perniagaan kita kurang laris atau adanya dugaan2 lain yg 'mengspoilkan' perniagaan kita.
         
           Tapi kak rozie ni mmg dah jiwa org berniaga..adat la kalau skali skala berniaga tak laku. Bila jadi mcm tu,mula la kepala otak ni ligat je memikirkan macamana caranya kita nak lariskan jualan kita. Macam skrg ni, selain promosi di blog dan FB RozieXcellent akak tu, kak Rozie ada buat jualan di Taman Metropolitan Kepong. ala..tmn layang2 tu...

            Promosi bagi bulan Jun ni, kak Rozie akan menghadiahkan sebotol 'Cake in a Jar' buat sesiapa yg lahir pada bulan Jun nnti. Terhad kepada 50 org je ye..jadi, sapa yg lahir bulan Jun nnti boleh la dtg ke tpt jualan kak Rozie utk dapatkan kek percuma. Ramai yg Tanya..kenapa Jun? kenapa tak Mei ke, Julai ke..sebab..kak Rozie lahir bulan Jun. jadi akak nak bermurah hati la bg present kat org pada bulan Jun ni. utk bulan2 akan dtg, insyaAllah..ada rezeki kita akan bg tawaran yg lain utk semua.

 
Ni la dia 'Cake in a Jar' yg nak dihadiahkan utk korang


Sabtu, 18 Mei 2013

Rainbow cake

Rainbow kek yg dihias dgn icing fondant & patung boboiboy


Ni rupa dalam kek

       
          Rainbow buttercake ni ada 6 lapis warna-warna yg menarik. sangat sesuai untuk majlis harijadi kanak2. kek ni kak Rozie buat sempena majlis ulangtahun hari lahir anak ke 2, Arash Farhan yg ke 8 tahun. kak Rozie lapiskan dengan buttercream dan topping kak Rozie salut dgn icing fondant. kemudian hiaskan dengan patung boboiboy daripada icing fondant jugak. budak2 mmg la suka sgt dengan warna2 yg terang mcm ni. tambahan pulak dihias dgn kartun2 kegemaran diorang.
          harga bermula dari RM40.00++ utk 1kg, bergantung pada topping/frosting icingnya. biasanya topping dia coklat & sedikit whipped krim. nak icing buttercream pun boleh juga
           
             Alhamdulillah..tetamu yg datang rata2 kata kek ni sedap. Nak oder? InsyaAllah..boleh je. kalau nak tanya apa2 atau nak tempah dipersilakan call kak Rozie di 011-2883 2060. nak email pon boleh rr_akhasha@yahoo.com. jgn segan2..

Jumaat, 3 Mei 2013

Bermulanya perjalanan Xcellent Cakes

MasyaAllah.. Alhamdullillah..
         Di sini bermula segalanya mengenai Xcellent Cakes yg sementara ini beroperasi di alam maya. Keinginan aku utk membuka perniagaan kek, pastry dan roti dah terlalu lama kupendamkan. Bersyukur ke hadrat Illahi, akhirnya aku berkesempatan utk mengembangkan lagi minat memasakku ni. Aku tau aku bakal berdepan dgn pelbagai kemungkinan untung atau rugi, kekangan masa, bagaimana penerimaan pelangganku kelak, bagaimana nak kujual kek2 yg ku masak ni? kalau takut dilambung ombak, jgn berumah ditepi pantai..kalau tkt rugi jgn jd peniaga.kalau takut org x beli, jgn meniaga..kan... Semangat berniaga sentiasa menebal dlm diri aku. InsyaAllah..dengan dorongan semangat daripada en. hasben, adik beradik,teman2 & sedara mara semua, aku akan berjuang habis habisan demi perniagaan aku yg baru ni..cewah..mcm nak pegi beperang plak.
         Orait. Cukup sudah dgn intro skema2..disini, saya akak Rozie nak perkenalkan blog XcellentCakes buat penggemar kek di luar sana. InsyaAllah, tempahan akan sentiasa di buka utk anda semua. Boleh la nyatakan apa jenis kek yg korang nak, K.Rozie akan cuba penuhi. InsyaAllah..buat masa ni, K.Rozie lebih banyak buat kek fondant pelbagai perisa utk filling, dan trend kek skrg iaitu 'cake in a jar'. Sample2 kek x byk yg K.Rozie dpr share buat masa ni. ye la..kita kan org baru, so x byk lg la sample. esok2, kalau banyak yg menempah (amin..) blh le K.Rozie upload gambo bebanyak ye.. 
       ok la..diharap 'kedai' kek K.Rozie ni akan dpt sambutan hhhangat dari semua. Terima kasih jugak buat pembaca yg sudi jenguk2 ke blog K.Rozie yg x seberapa ni..teruskan menyokong K.Rozie ye..
Assalam...