Jumaat, 3 Mei 2013

Bermulanya perjalanan Xcellent Cakes

MasyaAllah.. Alhamdullillah..
         Di sini bermula segalanya mengenai Xcellent Cakes yg sementara ini beroperasi di alam maya. Keinginan aku utk membuka perniagaan kek, pastry dan roti dah terlalu lama kupendamkan. Bersyukur ke hadrat Illahi, akhirnya aku berkesempatan utk mengembangkan lagi minat memasakku ni. Aku tau aku bakal berdepan dgn pelbagai kemungkinan untung atau rugi, kekangan masa, bagaimana penerimaan pelangganku kelak, bagaimana nak kujual kek2 yg ku masak ni? kalau takut dilambung ombak, jgn berumah ditepi pantai..kalau tkt rugi jgn jd peniaga.kalau takut org x beli, jgn meniaga..kan... Semangat berniaga sentiasa menebal dlm diri aku. InsyaAllah..dengan dorongan semangat daripada en. hasben, adik beradik,teman2 & sedara mara semua, aku akan berjuang habis habisan demi perniagaan aku yg baru ni..cewah..mcm nak pegi beperang plak.
         Orait. Cukup sudah dgn intro skema2..disini, saya akak Rozie nak perkenalkan blog XcellentCakes buat penggemar kek di luar sana. InsyaAllah, tempahan akan sentiasa di buka utk anda semua. Boleh la nyatakan apa jenis kek yg korang nak, K.Rozie akan cuba penuhi. InsyaAllah..buat masa ni, K.Rozie lebih banyak buat kek fondant pelbagai perisa utk filling, dan trend kek skrg iaitu 'cake in a jar'. Sample2 kek x byk yg K.Rozie dpr share buat masa ni. ye la..kita kan org baru, so x byk lg la sample. esok2, kalau banyak yg menempah (amin..) blh le K.Rozie upload gambo bebanyak ye.. 
       ok la..diharap 'kedai' kek K.Rozie ni akan dpt sambutan hhhangat dari semua. Terima kasih jugak buat pembaca yg sudi jenguk2 ke blog K.Rozie yg x seberapa ni..teruskan menyokong K.Rozie ye..
Assalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.